Puasa syariat adalah menahan
diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah
terbenam matahari. Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi
memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah
melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batin. Rosak sedikit sahaja niat
mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara
puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan
abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.
Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada
puasanya kecuali lapar dan dahaga”. Puasa syariat ada waktu berbuka
tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun
mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan
pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain. Untuk itu
Allah telah berjanji, “Puasa adalah amalan untuk-Ku dan
Aku yang membalasnya”. Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w
bersabda, “Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan.
Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat”. Orang yang
mengenali zahir agama mengatakan kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika
berbuka puasa dan ‘kesukaan apabila mereka melihat’ itu ialah melihat anak bulan
Syawal menandakan hari raya. Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa
mengatakan kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk
syurga dan menikmati balasan di dalamnya, dan kesukaan yang lebih lagi ialah
‘apabila melihat’, yang bermaksud apabila orang yang beriman melihat Allah
dengan mata rahsia bagi hati.
Lebih berharga daripada dua
jenis puasa itu ialah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan
hati daripada menyembah sesuatu yang lain dari Zat Allah. Ia dilakukan dengan
mata hati buta terhadap semua kewujudan, walaupun di dalam alam rahsia di luar
daripada alam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah, kerana walaupun Allah
menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia
berfirman:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”. Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”. Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
Tidak ada yang berharga untuk
diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan
Allah. Jika satu zarah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan
kepada Allah, maka batallah puasa hakikat. Seseorang perlu memperbaharuinya,
menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaan-Nya, di sini dan
di akhirat. Firman Allah, “Puasa adalah untuk-Ku dan
hanya Aku yang membalasnya”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar