|
Nabi s.a.w bersabda, “Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada dunia ini dan
kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan,
menampakkan kepada seseorang keesaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman dunia
dan akhirat”. Dan, “Orang yang tidak mengalami
zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang
hak adalah tidak hidup”.
Banyak ayat-ayat dan
hadis-hadis serta perkhabaran daripada wali-wali menceritakan suasana ini.
“Dan apakah orang
yang Allah luaskan dadanya kepada Islam, iaitu ia berjalan atas nur dari
Tuhannya (sama dengan yang beku hatinya?). Maka kecelakaan (adalah) bagi mereka
yang beku hatinya dari mengingat Allah. Mereka itu (adalah) dalam kesesatan yang
nyata. Allah telah turunkan sebaik-baik perkataan, kitab yang sebahagiannya
menyerupai sebahagiannya, yang diulang-ulangkan, yang seram lantarannya
kulit-kulit badan orang yang takut kepada Tuhannya. Kemudian jadi lemas
kulit-kulit mereka dan hati-hati mereka kepada mengingat Allah. Yang demikian
itu pimpiman Tuhan, yang Ia pimpin dengannya siapa yang Ia kehendaki, dan
barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidaklah ada baginya sebarang pimpinan”.
(Surah az-Zummar, ayat 22 & 23).
Junaid al-Baghdadi berkata,
“Bila zauk (keghairahan) bertemu dengan kenyataan Ilahi di dalam diri seseorang,
dia itu berada di dalam keadaan samada kelazatan yang amat sangat atau keharuman
yang mendalam”.
Ada dua jenis zauk: zauk
lahiriah dan zauk rohaniah. Zauk lahiriah adalah hasil daripada ego diri. Ia
tidak memberi kepuasan secara rohaniah. Ia dipengaruhi oleh pancaindera. Sering
kali ianya kepura-puraan, berlaku agar dilihat atau diketahui oleh orang lain.
Zauk jenis ini tidak berharga sedikit pun kerana ianya disengajakan, dengan
kehendak atau niat: orang yang mengalaminya masih merasakan yang dia boleh
berbuat dan memilih (tidak ada fana padanya). Tidak guna menganggap penting
pengalaman yang demikian.
Zauk kerohanian,
Bagaimanapun, keseluruhannya berbeza, suasana yang dihasilkan oleh pengaliran
tenaga kerohanian yang melimpah ruah. Secara biasa, pengaruh luar – seperti
puisi yang indah yang dibaca, atau Quran dibaca dengan suara yang merdu, atau
keghairahan yang dicetuskan oleh upacara zikir sufi – boleh mengakibatkan
peningkatan kerohanian. Ini berlaku kerana pada ketika itu penentangan lahiriah
seseorang dihapuskan, kehendak dan kekuatan akal untuk memilih diatasi. Bila
kekuatan badan dan fikiran sudah dilemahkan suasana zauk adalah semata-mata
bersifat kerohanian. Meneruskan perjalanan dengan pengalaman yang demikian
sangat besar gunanya bagi seseorang. “Dan orang yang menjauhi berhala-hala daripada
menyembahnya dan kembali kepada Allah adalah bagi mereka khabar yang
menggirangkan. Oleh itu girangkanlah hamba-hamba-Ku. Yang mendengar perkataan
lalu menurut yang sebaik-baiknya. Merekalah orang-orang yang dipimpin oleh Allah
dan mereka itu ialah orang-orang yang mempunyai fikiran”. (Surah az-Zumar, ayat 17 & 18).
Nyanyian merdu burung-burung,
keluhan pencinta, adalah sebahagian daripada penyebab luar yang menggerakkan
tenaga kerohanian. Dalam suasana tenaga kerohanian yang demikian syaitan dan ego
tidak boleh campur tangan; iblis bertindak di dalam alam kegelapan
perbuatan-perbuatan yang muncul daripada ego diri dan tidak boleh berbuat
apa-apa di dalam alam kemurahan dan keampunan yang bercahaya. Dalam alam
kemurahan dan keampunan Allah, syaitan menjadi cair laksana garam di dalam air,
sama seperti ia hilang apabila dibaca:
“La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim” – Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Mulia.
Pengaruh-pengaruh yang
merangsangkan zauk kerohanian diterangkan oleh hadis, “Ayat-ayat Quran, puisi
yang berhikmah dan ajaib mengenai cinta dan bunyi serta suara kerinduan
menyalakan wajah roh”.
Zauk sebenar adalah hubungan
cahaya dengan cahaya bila roh insan bertemu dengan cahaya Ilahi. Allah
berfirman: “Yang
suci untuk yang suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat
26).
Jika zauk datang dari
rangsangan ego dan syaitan tiada cahaya di sana. Di sana hanya ada kegelapan
tanpa cahaya, ragu-ragu, penafian dan kekeliruan. Kegelapan menjadi bapa kepada
kegelapan. Dalam bahagian roh dan jiwa, ego tidak ada bahagian. Firman Tuhan:
“Yang tidak suci
untuk yang tidak suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat
26).
Penzahiran suasana zauk ada
dua jenis: penzahiran zauk lahiriah yang bergantung kepada kehendak diri sendiri
dan penzahiran zauk kerohanian yang di luar pilihan dan kehendak seseorang.
Dalam kes pertama yang nyata ialah disengajakan. Jika seseorang menggeletar,
bergoyang dan meraung walaupun bukan di bawah pengaruh kesakitan atau gangguan
dalam tubuh, ia tidak dianggap sah. Apa yang sah ialah perubahan yang nyata pada
keadaan lahiriah yang tidak disengajakan dan disebabkan oleh keadaan batin
seseorang.
Penzahiran yang tidak
disengajakan adalah akibat tenaga kerohanian yang tidak dapat dikawal oleh
seseorang. Rohnya yang di dalam zauk mengatasi pancaindera. Ia adalah umpama
keadaan meracau orang yang demam panas, agak tidak mungkin mencegah orang yang
demikian daripada terketar-ketar, bergoyang dan menjadi kaku di dalam meracau
itu kerana dia tidak ada kuasa terhadap penzahiran yang keluar atau berlaku
kepadanya itu. Begitu juga bila tenaga kerohanian membesar sehingga mengalahkan
kehendak, fikiran dan tubuh badan, zauk yang lahir daripada yang demikian adalah
benar, jujur dan bersifat kerohanian. Keadaan zauk kerohanian yang demikian,
yang di masuki oleh para sahabat akrab Allah di dalam melakukan pergerakan dan
pusingan pada upacara mereka, adalah cara untuk menimbulkan keghairahan dan
dorongan pada hati mereka. Ini adalah makanan bagi mereka yang mengasihi Allah;
ia memberikan tenaga di dalam perjalanan mereka yang sukar dalam mencari yang
hak. Nabi s.a.w bersabda, “Upacara keghairahan yang
dilakukan oleh para pencinta Allah, tarian dan nyanyian mereka, merupakan
kewajipan bagi sebahagian, dan bagi sebahagian yang lain adalah harus sementara
bagi yang lain pula adalah bidaah. Ia adalah kewajipan bagi manusia yang
sempurna, harus bagi kekasih Allah dan bagi yang lalai adalah
bidaah”. Dan, “Adalah sifat yang tidak sihat
bagi orang yang tidak merasa kelazatan berada bersama kekasih Allah: puisi orang
arif yang mereka nyanyikan, musim bunga, warna dan keharuman bunga, burung dan
nyanyiannya”.
Orang yang lalai, yang
menganggapkan mencari zauk kerohanian sebagai bidaah, orang yang tidak sihat
sifatnya yang tidak dapat menikmati kelazatan yang indah, adalah sakit dan tidak
ada penawar untuk penyakit ini. Mereka lebih rendah daripada burung dan haiwan,
lebih rendah daripada keldai, kerana haiwan juga menikmati irama. Bila Nabi Daud
a.s melagukan suaranya burung-burung terbang di sekelilingnya untuk menikmati
kemerduan suaranya. Nabi Daud a.s berkata, “Orang yang tidak mengalami
keghairahan tidak dapat merasai agamanya”.
Terdapat sepuluh suasana
zauk. Sebahagiannya ketara dan tanda-tandanya kelihatan kepada orang lain,
seperti kesedaran rohani dan berzikir mengingati Allah dan membaca Quran dengan
senyap. Menangis, merasai penyesalan yang mendalam, takutkan azab Allah,
kerinduan dan kesayuan, malu terhadap kelalaian diri; apabila seseorang menjadi
pucat atau mukanya berseri-seri kerana keghairahan daripada suasana dalaman dan
kejadian di sekelilingnya, membara dengan kerinduan terhadap Allah – semua ini
dan semua keganjilan pada lahiriah dan rohaniah yang dihasilkan oleh
perkara-perkara tersebut adalah tanda-tanda zauk atau keghairahan.
|
Manusia adalah makhluk sosial yang membutuhkan interaksi. Dengan berinteraksi, mereka dapat mengambil dan memberikan manfaat. Salah satu praktek yang merupakan hasil interaksi sesama manusia adalah terjadinya jual beli.
Translate
Jumat, 31 Agustus 2012
[Rahsia dalam rahsia] 22
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar