Orang-orang yang mengikuti
jalan kerohanian terbahagi kepada dua bahagian atau golongan. Golongan pertama
ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis; mereka yang mengikuti peraturan
Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan
Rasulullah s.a.w. Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan,
pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka
mengerti bukan ikut secara taklid buta. Mereka beramal dan hidup menurut
peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung
sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. Inilah jalan kerohanian yang mereka
ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Sebahagian
daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit
azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang
memasuki neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa
sebelum masuk syurga. Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di
dalam neraka ialah orang kafir dan munafik.
Golongan kedua terdiri
daripada kumpulan-kumpulan yang bidaah. Nabi s.a.w telah memberi peringatan,
“ Kamu, seperti Bani Israil sebelum kamu, seperti umat
Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lain.
Sebagaimana mereka mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan
bidaah. Dengan masa berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi
seperti mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam lubang ular
yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu Bani Israil
berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Kesemuanya dalam kesesatan kecuali
satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan semuanya
sesat kecuali satu. Aku bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga
kumpulan. Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan
yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri, untuk muslihat
dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke neraka, dan
kumpulan yang satu itu akan selamat.”
Bila ditanya siapakah yang
satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang
mengikuti kepercayaan dan perbuatanku serta para sahabatku”.
Di bawah ini dinyatakan
sebahagian daripada jalan bidaah yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang
mengakui diri mereka orang kerohanian:
Hululiyya – percaya kepada penjelmaan dalam bentuk makhluk atau manusia, mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik, samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.
Hululiyya – percaya kepada penjelmaan dalam bentuk makhluk atau manusia, mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik, samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.
Haliyya – mencari kerasukan
zauk dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa
syeikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas
sekali mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi s.a.w yang dalam tindak
tanduk mematuhi hukum agama.
Awliya’iyya – mendakwa mereka
berada dalam kehampiran dengan Allah dan mengatakan bila hamba hampir dengan
Tuhan semua kewajipan agama terangkat daripada mereka. Seterusnya mereka
mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat
akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada nabi. Mereka
mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah s.a.w melalui Jibrail sementara wali
menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka
dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling
besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran.
Syamuraniyya – percaya dunia
ini kekal abadi, dan sesiapa yang mengucapkan perkataan abadi akan terlepas
daripada tuntutan agama, lagi mereka tidak ada hukum halal dan haram. Mereka
menggunakan alat musik dalam upacara ibadat mereka. Mereka tidak memisahkan
lelaki dengan perempuan. Mereka tidak membezakan dua jantina itu. Mereka adalah
kumpulan kafir yang tidak boleh diperbetulkan lagi.
Hubiyya – mengatakan bila
manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama.
Mereka tidak menutup kemaluan mereka.
Huriyya – seperti Haliyya,
enggan menjerit, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan
dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis
dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka
dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.
Ibahiyya – enggan mengajak
kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghukumkan haram sebagai
halal. Mereka memahatkan pendapat ini kepada kaum perempuan. Bagi mereka semua
perempuan halal bagi semua lelaki.
Mutakasiliyya – menjadikan
prinsip kemalasan dan meminta sedekah dari rumah ke rumah sebagai cara
mendapatkan keperluan harian mereka. Mereka mendakwa telah meninggalkan segala
hal ehwal dunia. Mereka gagal dan terus gagal di dalam kemalasan mereka.
Mutajahiliyya – berpura-pura
jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan
berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman, “Jangan cenderung
kepada yang berbuat dosa”. (Surah Hud, ayat 113). Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa
yang cuba berlagak seperti satu kaum dia dianggap salah seorang dari mereka”.
Wafiqiyya – mendakwa hanya
Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Kejahilan
yang disengajakan membawa mereka kepada kemusnahan.
Ilhamiyya – berpegang dan
mengharapkan kepada ilham, meninggalkan ilmu pengetahuan, melarang belajar, dan
berkata Quran adalah hijab bagi mereka, dan fikiran puisi adalah Quran mereka.
Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak
mereka puisi.
Pemimpin-pemimpin dan
guru-guru dari kumpulan Sunni mengatakan para sahabat, dengan berkat kehadiran
Rasulullah s.a.w di tengah-tengah mereka, berada dalam suasana zauk dan
keghairahan kerohanian yang sangat tinggi. Pada zaman kemudian peringkat
kerohanian yang demikian tidak tercapai lagi oleh orang ramai dan ia menjadi
semakin hilang. Yang masih tinggal diturunkan kepada pewaris-pewaris kerohanian
pada jalan kebenaran Ilahi, yang kemudiannya terbahagi kepada banyak
cabang-cabang. Ia berpecah kepada terlalu banyak kumpulan sehingga kebijaksanaan
dan tenaganya menjadi sangat berkurangan dan berselerak. Dalam banyak kes segala
yang tinggal hanyalah rupa yang dibaluti oleh pakaian guru kerohanian tanpa
sebarang makna, kekuatan dan tenaga di bawah pakaian tersebut. Walaupun dalam
suasana kosong itu ia masih juga berpecah dan berganda, bertukar menjadi bidaah.
Sebahagian menjadi Qalandari – peminta sedekah yang mengembara. Yang lain
menjadi Haydari dan berpura-pura menjadi wira. Yang lain pula menamakan diri
mereka Adhami dan berpura-pura mengikuti wali Allah Ibrahim Adham yang
meninggalkan takhta kerajaan dunia ini. Masih ramai lagi yang lain.
Dalam zaman kita mereka yang
mengikuti jalan kebenaran sesuai dengan hukum agama menjadi semakin berkurangan.
Pengikut-pengikut yang benar pada jalan ini boleh dikenali melalui dua
kenyataan. Pertama, kenyataan zahir, yang menunjukkan keadaan kehidupan harian
mereka yang dibentengi oleh hukum dan amalan agama. Kedua kenyataan dalaman,
contoh teladan yang si pencari itu ikuti dan lahirkan dan dengan apa yang dia
dibimbingkan. Sesungguhnya tiada yang lain untuk diikuti melainkan Nabi Muhamamd
s.a.w, yang menjadi teladan, yang pada satu masa dahulu baginda sendiri berada
dalam suasana mencari dan kebenaranlah yang baginda cari. Tanpa ragu-ragu roh
suci baginda sahaja yang menjadi perantaraan. Itulah undang-undang yang mesti
dipatuhi oleh orang yang beriman bagi penerusan kehidupan agama dalam kehidupan.
Cara lain, wali yang memiliki pesaka kerohanian Nabi s.a.w boleh memberkati si
pencari dengan kewujudan kebendaannya. Sesungguhnya syaitan tidak boleh
mengambil rupa Nabi s.a.w.
Waspadalah wahai pengembara
pada jalan kerohanian, orang buta tidak boleh memimpin orang buta. Perhatian
kamu mesti bersungguh-sungguh agar kamu dapat membezakan kebaikan yang paling
kecil daripada kejahatan yang paling kecil.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar