Pengembara di atas jalan
kepada kebenaran mestilah mempunyai kebijaksanaan, kefahaman dan pengertian yang
mendalam akan fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan awal yang perlu
dimilikinya.
“Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan
yang meninggalkan dunia tempat huru hara
mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka
perbuatan baik adalah kapal yang menempuh gelombang”.
“Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan
yang meninggalkan dunia tempat huru hara
mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka
perbuatan baik adalah kapal yang menempuh gelombang”.
Orang memasuki jalan ini
kerana ada matlamat yang dia tuju. Perhatiannya tetap teguh kepada matlamat
namun, dia tidak boleh abaikan pentingnya persiapan untuk pengembaraan ini. Bila
dia mempersiapkan diri dia mesti berjaga-jaga jangan ditipu oleh rupa yang
menawan dan dia mesti tidak membebankan dirinya dengan muatan atau menjadikan
perhentian atau setesen kerohanian sebagai matlamat terakhir.
Orang yang berada pada jalan
kerohanian mengatakan segala perbuatan kepunyaan Yang Menciptakannya, manusia
tidak sepenuhnya bertanggungjawab; di dalam tangannya perbuatan boleh kelihatan
lain daripada apa yang sebenarnya. Allah berfirman: “Apakah mereka (berasa) aman
(daripada) percubaan Allah? Kerana tidaklah ada yang berasa aman daripada
percubaan Allah melainkan kaum yang muflis”. (Surah al-A’raaf,
ayat 99).
Inilah dasar bagi jalan ini;
meninggalkan semua muatan di belakang dan bergantung kepada Allah semata-mata,
tidak dibingungkan oleh rangsangan pada setesen-setesen di sepanjang perjalanan.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Wahai Muhammad! Sampaikan khabar gembira kepada
pendosa-pendosa yang Aku Maha Pengampun. Tetapi sampaikan kepada mereka yang
benar-benar kepunyaan-Ku dan ikhlas pada niatnya untuk-Ku bahawa Aku sangat
cemburu (terhadap apa yang mereka inginkan di samping Aku)”.
Kekeramatan yang zahir pada
mereka yang hampir dengan Allah dan Setesen kerohanian yang mereka nyatakan
adalah benar. Tetapi orang-orang yang seperti ini masih tidak terlepas daripada
rangsangan Allah dan ujian-Nya merangsang kepada dosa – kadang-kadang mereka
diberi kejayaan bila mereka mula berbuat dosa, jadi mereka fikir suasana atau
keadaan mereka adalah milik mereka dan kekeramatan itu juga milik mereka. Hanya
nabi-nabi dan mukjizat mereka yang bebas daripada ujian demikian. Adalah
dikatakan ketakutan kehilangan iman ketika tercabut nyawa dari badan adalah
satu-satunya penjagaan yang akan menjamin iman pada saat akhir.
Hassan al-Basri pernah
berkata bahawa kepada orang yang hampir dengan Allah berjaya melalui ketakutan
mereka terhadap Allah. Di dalam diri mereka takut jauh lebih kuat daripada harap
kerana mereka tahu bahayanya diperbodohkan oleh sifat semula jadi manusia. Tipu
daya ini menarik manusia keluar daripada jalan tanpa mereka menyedarinya. Dia
juga berkata orang yang sihat takutkan penyakit dan harapannya adalah sedikit,
sementara orang yang berpenyakit tidak lagi takutkan ditimpa penyakit dan
harapannya untuk sihat bertambah.
Nabi s.a.w bersabda, “Jika ditimbang takut dan harap pada orang beriman kedua-duanya
adalah sama”. Dengan rahmat Allah, ketika saat akhir kita, Allah
lebihkan harapan kita daripada ketakutan. Nabi s.a.w bersabda, “Semua umatku akan menghembuskan nafas terakhirnya dengan
kepercayaan dan harapan kepada rahmat Allah”, kerana Allah
menjanjikan, “Keampunan-Ku meliputi
segala-galanya”, dan, “Rahmat-Ku mendahului
murka-Ku”.
Allah Maha Pemurah, Penyayang
dan Pengampun, tentu sekali para hamba boleh bergantung kepada-Nya. Namun
pengembara pada jalan kerohanian mesti takut dan menyelamatkan dirinya daripada
kemurkaan Allah. Untuk itu perlu dia serahkan semua yang dimilikinya – dirinya
sendiri, kewujudannya – letakkan segala-galanya di kaki-Nya dan berlindung
dengan-Nya di dalam-Nya.
Wahai pencari. Duduklah di
atas lutut kamu di hadapan Tuhan kamu! Akui dan bertaubat terhadap
kesalahan-kesalahan kamu! Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan
kebendaan! Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di
pintu keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh
kepada-Nya! Jika kamu lakukan ini tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya,
berkat-Nya, makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa
kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan terlucut daripada kamu. Kerana Dia
jualah Maha Besar, Pemurah, Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!
Kami memohon keselamatan dan
kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda,
sahabat-sahabat baginda dan sekalian pengikut baginda. Segala puji dan syukur
kepunyaan Allah; kami serahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya.
AMIN!
“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak,
sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan” [Qur’an, Surah
At Taubah : 82]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar