Sufi adalah perkataan Arab –
saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan
diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.
Istilah sufi dikaitkan juga
dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu’. Saf,
pakaian bulu yang kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina.
Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan,
minuman dan lain-lain. Dalam buku ‘al-Majm’ ada dikatakan, “Apa yang terjadi
kepada ahli suluk yang suci ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana
dan hina”. Walaupun mereka kelihatan tidak menarik secara keduniaan tetapi
hikmah kebijaksanaan (makrifat) mereka ternyata pada sifat mereka yang lemah
lembut dan halus, yang menjadikan mereka menarik kepada sesiapa yang mengenali
mereka. Mereka menjadi contoh kepada alam manusia. Mereka berpandukan ilmu
Ilahi. Pada pandangan Tuhan mereka berada pada martabat pertama kemanusiaan.
Dalam pandangan mereka yang mencari Tuhan puak sufi ini kelihatan cantik
walaupun pada zahirnya buruk. Mereka mesti dikenali dan berupaya mengenali, dan
mereka dengan mesti dengan cara itu iaitu satu dan semua, kerana mereka semua
berada pada makam keesaan dan mesti nyata sebagai satu.
Dalam bahasa Arab perkataan
tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri daripada empat huruf – ‘ta’, ‘sin’, ‘wau’
dan ‘pa’ (t,s,w,f). Huruf pertama, t, bermaksud taubat. Ini adalah langkah
pertama perlu diambil pada jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu
zahir dan satu batin. Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan perasaan,
menjaga kehidupan agar bebas daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk
berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan, mencari
kesejahteraan dan kedamaian. Taubat batin dilakukan oleh hati. Penyucian hati
daripada hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu mencapai
alam ketuhanan. Taubat – mengawasi kesalahan dan meninggalkannya, menyedari
kebenaran dan berjuang ke arahnya – membawa seseorang kepada langkah kedua.
Langkah kedua ialah keadaan
aman dan sejahtera, safa. Huruf ‘s’ adalah simbolnya. Dalam peringkat ini juga
ada dua langkah perlu diambil. Pertama ialah ke arah kesucian di dalam hati dan
kedua pula ke arah pusat hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang bebas
daripada kesusahan, keresahan yang disebabkan oleh masalah semua kebendaan ini,
masalah makan, minum, tidur, perkataan yang sia-sia. Dunia ini seumpama tenaga
tarikan bumi, menarik hati ke bawah, dan untuk membebaskan hati daripada masalah
tersebut menyebabkan berlaku tekankan kepada hati. Di sana ada pula
ikatan-ikatan – hawa nafsu dan kehendak, pemilikan, kasihkan keluarga dan
anak-anak – yang mengikat hati seni kepada bumi dan menghalangnya terbang
tinggi.
Cara membebaskan hati, bagi
menyucikannya, adalah dengan mengingati Allah. Pada permulaan ingatkan ini
berlaku secara luaran, dengan mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutnya kuat-kuat
sehingga kamu dan orang lain boleh mendengarnya. Apabila ingatkan kepada-Nya
sudah berterusan ingatkan tersebut masuk ke dalam hati dan berlaku di dalam
senyap. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang
apabila disebut (nama) Allah, takutlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan
ayat-ayat Allah menambahkan lagi keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah
mereka kembali”. (Surah Anfaal, ayat
2).
Takutkan Allah dalam ayat
tersebut bermaksud takut dan harap, hormat dan kasihkan Allah. Dengan ingatan
dan ucapan nama-nama Allah hati menjadi jaga dari ketiduran dan kelalaian,
menjadi suci bersih dan bersinar. Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib
menyata di dalam hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ahli ilmu
zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal fikirannya sementara ahli ilmu
batin sibuk membersihkan dan menggilap hati mereka”.
Kesejahteraan pada pusat
rahsia bagi hati diperolehi dengan membersihkan hati daripada segala sesuatu dan
menyediakannya untuk menerima Zat Allah semata-mata yang memenuhi ruang hati
apabila hati sudah diperindahkan dengan kecintaan Allah. Alat pembersihannya
ialah berterusan mengingati dan menyebut di dalam hati, dengan lidah rahsia akan
kalimah tauhid “La ilaha illa Llah”. Bila hati dan pusat hati berada dalam
suasana tenang dan damai maka peringkat kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘s’
selesai.
Huruf ketiga ‘w’ bermaksud
wilayah, suasana kesucian dan keaslian pencinta-pencinta Allah dan
sahabat-sahabat-Nya. Keadaan ini bergantung kepada kesucian batin. Allah
menggambarkan sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya: “Ketahuilah, sesungguhnya
pembantu-pembantu Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka
berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat…”.
(Surah Yunus, ayat 62 – 64).
Seseorang yang di dalam
kesucian menyedari sepenuhnya tentang Allah, mencintai-Nya fan berhubungan
dengan-Nya. Hasilnya dia diperelokkan dengan peribadi, akhlak dan perangai yang
terbaik. Ini merupakan hadiah suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w
bersabda, “Perhatikanlah akhlak yang mulia dan berbuatlah
sesuai dengannya”. Dalam peringkat ini orang yang di dalam kesedaran
tersebut meninggalkan sifat-sifat keduniaannya yang sementara dan kelihatanlah
dia diliputi oleh sifat-sifat Ilahi yang suci. Dalam hadis Qudsi Allah
berfirman: “Bila
Aku kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya,
percakapannya, pemegangnya dan perjalanannya”.
Keluarkan segala-galanya dari
hati kamu dan biarkan Allah sahaja yang berada di sana. “Dan katakanlah telah datang kebenaran
dan telah lenyap kepalsuan kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap”.
(Surah Bani Israil, ayat 81).
Bila kebenaran telah datang
dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah peringkat wilayah.
Huruf keempat ‘f’ bermakna
fana, lenyap diri sendiri ke dalam ketiadaan. Diri yang palsu akan hancur dan
hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat
serta keperibadian yang banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh satu
sahaja sifat keesaan.
Dalam kenyataan hakikat
sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga berkurangan. Apa yang berlaku
adalah orang yang beriman menyedari dan menjadi satu dengan yang menciptakannya.
Dalam suasana berada dengan-Nya orang yang beriman memperolehi kurniaan-Nya;
manusia yang sementara menemui kewujudan yang sebenar dengan menyedari rahsia
abadi. “Semua akan
binasa kecuali Wajah-Nya”. (Surah Qasas, ayat
88).
Cara untuk menyedari hakikat
ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan kehendak-Nya. Bila kamu berbuat kebaikan
semata-mata kerana-Nya dan bersesuaian dengan kehendak-Nya kamu akan menjadi
hampir dengan hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian semua akan lenyap kecuali Yang Esa
yang meredai dan yang Dia diredai, bersatu. Perbuatan baik adalah ibu yang
melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi manusia yang
sebenar-benarnya. “Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik
kepada Allah”. (Surah Fatir, ayat
10).
Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah – dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut: “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).
Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah – dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut: “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).
Tempat itu ialah tempat bagi
hakikat yang penting, hakikat kepada hakikat-hakikat, tempat penyatuan dan
keesaan. Ia adalah tempat yang disediakan untuk nabi-nabi, untuk mereka yang
dikasihi oleh Allah, untuk para sahabat-Nya. Allah beserta orang-orang yang
benar. Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang abadi ia tidak boleh dipandang
sebagai kewujudan yang terpisah. Bila semua ikatan keduniaan ditanggalkan dan
seseorang itu dalam suasana kesatuan dengan Allah, dengan kebenaran (hakikat)
Ilahi, dia menerima kesucian yang abadi, tidak akan tercemar lagi, dan masuk ke
dalam golongan: “Mereka itu ahli syurga yang kekal di dalamnya”.
(Surah A’raaf, ayat 42).
Mereka adalah:
“Orang-orang yang
beriman dan beramal salih”. (Surah A’raaf, ayat
42).
Bagaimanapun:
“Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya”. (Surah A’raaf, ayat 42).
Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat: “Dan Allah beserta orang yang sabar”. (Surah Anfaal, ayat 66).
“Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya”. (Surah A’raaf, ayat 42).
Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat: “Dan Allah beserta orang yang sabar”. (Surah Anfaal, ayat 66).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar